PAS elak bertembung Umno, tanda hubungan baik

0
1
https://www.facebook.com/armandsubang/photos_by

Najamuddin Mohd Noor

KESUDIAN PAS yang seboleh-bolehnya mahu mengelak bertembung dengan Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah satu perkembangan positif terhadap hubungan kedua-dua parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, hasrat PAS tidak mahu meletak calonnya di kerusi-kerusi bakal ditandingi Umno menunjukkan semangat Muafakat Nasional (MN) masih mekar dan subur.

“Ini satu perkembangan yang positif dan kita patut raikan. Ini menunjukkan PAS sebenarnya masih sayang terhadap jalinan MN yang kita bentuk pada 2019 dulu.

“Ini menunjukkan hubungan kedua-dua parti masih baik walaupun sedang diuji dengan pelbagai cabaran dan MN itu sendiri masih bernyawa serta perlu disuburkan kembali.

“Langkah PAS itu adalah terbaik dan kita mahu undi Melayu dan Islam tidak berpecah yang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) mengaut keuntungan dan menang, itu kita patut elakkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan seboleh-bolehnya parti itu mahu mengelak meletakkan calon bertanding di kerusi milik Umno pada PRN Melaka.

Katanya, ia kerana PAS akan memberi laluan untuk bertanding di mana-mana kawasan DUN yang menjadi dominan kepada Umno.

“Kita sebolehnya mahu mengelak bertembung sesama sendiri dengan Bersatu dan Umno, sebaliknya PAS akan tumpu kepada DUN yang belum dimenangi mana-mana parti,” katanya.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, PAS yang juga parti komponen Perikatan Nasional (PN) tidak dapat berbuat apa-apa untuk bertembung dengan Umno jika ia memang tidak dapat dielakkan.

Tuan Ibrahim juga memaklumkan, perkara itu telah dibincangkannya bersama Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan beberapa hari lalu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Armand Azha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here