Ganabatirau tunjuk hero tak kena tempat – CUEPACS

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1635144433794","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

TINDAKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, V Ganabatirau mengeluarkan kata-kata kesat dan menengking kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sangat tidak profesional, kata CUEPACS.

Menurut Presidennya, Adnan Mat, tindakan wakil rakyat DAP itu sangat keterlaluan seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas, dan tidak memberi peluang kepada kakitangan itu menjelaskan permasalahan yang berlaku.

Sehubungan itu, CUEPACS mendesak Ganabatirau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam terutama kakitangan JPS yang terlibat.

“CUEPACS juga mahu Menteri Besar Selangor masuk campur dalam perkara ini supaya tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Adalah tidak wajar anggota pentadbiran kerajaan negeri bertindak menyerang penjawat awam kerana ia ibarat menuding jari untuk meletakkan kesalahan pada orang lain, tetapi sebenarnya masalah itu turut melibatkan diri mereka sendiri.

“Seharusnya penjawat awam dan anggota pentadbiran kerajaan negeri bekerjasama dengan baik bagi menyelesaikan permasalahan rakyat dan bukannya menyalahkan satu sama lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 41 saat di media sosial menunjukkan Ganabatirau yang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa kakitangan JPS di tepi jalan.

Difahamkan, ketika kejadian beliau turun padang untuk meninjau dan memantau isu banjir di Taman Sri Muda, Klang.

Ganabatirau juga memuat naik sendiri video terbabit di media sosial miliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here