Covid-19: Malaysia catat kes terendah dalam 4 bulan

0
1

BUAT pertama kali dalam tempoh empat bulan, Malaysia melaporkan kes harian Covid-19 di bawah angka 5,000.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial miliknya sebentar tadi, kes baharu dilaporkan ialah 4,782 menjadikan angka keseluruhan kini 2,436,498 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes di bawah 5,000 ialah 4,742 pada 22 Jun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terperinci berhubung kes baharu Covid-19 hari ini akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya.

Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-23 berturut-turut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here