Bomba selamatkan rider Foodpanda terkunci dalam ruang mesin ATM

0
1

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan seorang penghantar makanan Foodpanda yang terperangkap dalam ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Tanjong Karang.

JBPM dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Maybank Tanjong Karang pada jam 12.41 tengah malam tadi.

Katanya, seramai empat anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 12.42 tengah malam dan mendapati seorang lelaki terperangkap dalam ruangan mesin ATM.

“Sampai di lokasi dan setelah komander operasi membuat size-up dapati seorang mangsa lelaki terperangkap dalam ruangan mesin ATM sebuah bank disebabkan pintu terkunci secara automatik.

“Dengan menggunakan kaedah receo anggota membuat pemeriksaan keseluruhan kawasan tersebut dan cuba menghubungi pihak bank bagi memaklumkan perkara tersebut.

“Dengan bantuan pegawai bank mangsa yang terperangkap dapat dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan pada pintu bank tersebut,” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here