PRN Melaka: Perhimpunan, pelancaran jentera pilihan raya tidak dibenarkan – KJ

0
1
PUTRAJAYA, 17 Feb -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Turut sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEBARANG aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan, termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan ia bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes dengan mendadak.

Beliau berkata larangan itu akan mula berkuatkuasa pada 25 hingga 27 November 2021.

“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan (senarai negatif) dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini.

“Iaitu, Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khairy berkata sebarang pelanggaran kepada peruntukan itu, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan, SOP dan arahan yang telah ditetapkan demi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat mencegah peningkatan kes dan kejadian kluster.

“Kesihatan dan keselamatan semua menjadi tanggungjawab kita bersama,” katanya lagi.

Khairy berkata berdasarkan pemantauan situasi Covid-19 dalam negara, didapati antara penyumbang kepada peningkatan kes dan kluster adalah berkait aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP.

Katanya, sebarang perhimpunan atau majlis sosial yang dianjurkan tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan.

Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (PRN) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021, katanya, KKM menjangka banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara.

“Memandangkan risiko penularan jangkitan masih tinggi, terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan kes baharu dilaporkan, aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan.

“Berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

“10(1) Tiada seorang pun boleh, semasa dalam mana-mana fasa yang ditetapkan, berhimpun atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, perkahwinan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial beberapa program dan majlis di Melaka yang dihadiri pemimpin parti politik termasuk pelancaran jentera pilihan raya yang dilaksanakan dengan kehadiran orang ramai serta tidak mematuhi SOP.

Berdasarkan gambar serta video yang tular di media sosial, terdapat individu yang hadir duduk tanpa penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here