
MALAYSIA mencatatkan 5,828 kes baharu Covid-19 hari ini menurun berbanding iaitu 6,630 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini mencecah 2,426,050 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-21 berturut-turut. – Malaysiapost
