Berbaju Melayu putih, Fizo Omar sudah bernikah?

0
1

PELAKON Fizo Omar mencetuskan spekulasi seolah-olah mengesahkan desas-desus telah menamatkan zaman dudanya semalam.

Fizo, 36, memuat naik gambar dia lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam, 4, di Instagram, malam tadi.

Tambah menjadi tanda tanya, Fizo turut memuat naik gambar di Instagram Story dengan kapsyen, “Ok abe Joe (abang Fizo) left group recond (tinggalkan kumpulan ‘terpakai’) dulu ok. Apa-apa roger ok.”

Menariknya, dalam hantaran sama, Fizo turut memetik nama tiga rakan artis iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi yang masing-masing berstatus duda.

Fizo memegang status duda sejak Julai 2019 apabila ikatan perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 terlerai dengan penceraian talak satu.

Meskipun tidak mengesahkan mengenai pernikahan itu, namun Fizo dilihat memberi bayangan bahawa status duda bukan lagi miliknya.

Ianya diperkuatkan lagi menerusi komen pelakon Nazim Othman pada hantaran Fizo, “Untunglah dah ada pembeli. Aku versi kereta ‘recond’ yang hanya dipamerkan di bilik pameran saja.”

Tinjauan di ruangan komen di Instagram, Fizo dikatakan bernikah dengan wanita yang juga bekas pramugari dari Sarawak dan majlis pernikahan dipercayai berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Perkongsian Fizo itu dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan artis yang tumpang gembira dengan berita baik itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Fizo Omar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here