Covid-19: 76 kematian, 14 BID direkodkan semalam

0
1
HTCM UKM

SEBANYAK 76 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam dengan 14 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman web COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini ialah 28,138.

Manakala, seramai 666 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 329 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada 258 kes kematian yang dilaporkan semalam, Sarawak mencatat angka tertinggi iaitu 12 kes.

Ia diikuti Johor (11), Sabah (10), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Perak (5), Pahang (4), Terengganu (4), Kelantan (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan sifar kes kematian semalam adalah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here