94.2% populasi dewasa lengkap vaksin

0
1

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 94.2 peratus membabitkan 22,047,448 individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, sebanyak 97.3 peratus atau 22,775,864 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 23,265,448 individu atau 71.2 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 77.4 peratus atau 25,285,399 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 1,218,000 atau 38.7 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 256,497 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 28,406 dos pertama dan 212,496 dos kedua.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 48,437,608 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here