PAS optimis terhadap penyatuan antara Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata, walaupun masa kian suntuk apabila penamaan calon dijadual pada 8 November ini, pihaknya tetap menaruh harapan usaha itu dapat direalisasikan.
Katanya, MN dan PN adalah dua entiti yang penting dalam negara kerana masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan dan diperkukuhkan.
“Jadi ini menunjukkan MN dan PN perlu terus bersatu padu dan bekerjasama bukan hanya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) malah di PRN juga,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

