Uncle Kentang bersumpah tidak guna duit haram untuk kerja kebajikan

0
1

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mendakwa segala duit sumbangan diterimanya daripada sumber sah bukan daripada aktiviti haram didakwa segelintir pihak.

Chee Heng yang mesra dikenali sebagai Uncle Kentang bersumpah duit diterimanya bagi menjalankan program kebajikan adalah hasil sumber tidak menyalahi undang-undang negara.

“Saya dengan ini bersumpah dan mengaku bahawa duit sumbangan yang saya terima adalah halal dan tidak lain dari yang tak halal,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Aktivis masyarakat itu telah menerima Anugerah Komanwel Points of Light daripada Ratu England disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay yang mewakili Ratu Elizabeth II, pada 15 September lalu.

Beliau kesal kerja kebaikannya selama ini dipertikaikan beberapa pihak.

“Saya penat tetapi saya tetap jalankan kerja bantu mereka yang sakit, susah dan lapar.

“Sedih bila orang yang tak buat kerja mempertikaikan usaha-usaha yang kita sama lakukan,” katanya.

Sebelum ini tular ciapan di Twitter yang mendakwa aktiviti kebajikan dilakukan Uncle Kentang adalah bersumberkan hasil yang haram, sekali gus menimbulkan bualan hangat masyarakat berkenaan isu tersebut. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Kuan Chee Heng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here