Tiga pemimpin pilih calon Umno PRN Melaka, PRU15

0
1
Sidang media penutup Perhimpunan Agung UMNO 2020

SENARAI calon Umno bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dimuktamadkan oleh tiga pemimpin tertinggi parti itu, bukan lagi presiden sahaja.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka ialah Perdana Menteri merangkap Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau sendiri.

“Yang akan memuktamadkan calon-calon pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum akan datang bukan daripada Presiden saja.

“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden Umno yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiga orang ini yang akan memuktamadkannya.

“Namun jika ketiga-tiga mereka ini bersetuju tetapi tidak dipersetujui Pengerusi BN, maka watikah itu tidak akan ditandatangani,” katanya dalam ucapan perasmian penutupan Pidato Piala Presiden Umno, lapor Berita Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, perkembangan terbaru itu menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan mereka bertiga.

Menurutnya, mereka juga sepakat bahawa kriteria boleh menang, boleh diterima dan disukai akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai.

“Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga bersetuju dengan calon yang mempunyai kriteria tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here