SPRM, BNM kerjasama siasat isu Kertas Pandora

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berkerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, isu berkenaan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan SPRM sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut berhubung isu terbabit,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, PDRM mengesahkan menerima empat laporan berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun, dua daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana laporan berkenaan berhubung gesaan siasatan dakwaan Pandora Papers.

Pendedahan terbabit turut melibatkan 11.9 juta fail dari syarikat-syarikat yang diupah pelanggan kaya bagi mewujudkan struktur perniagaan dan amanah di kawasan pesisir pantai.

Antaranya di Panama, Dubai, Monaco, Switzerland dan Kepulauan Cyaman, Kepulauan Virgin British, Belize, Cyprus, Singapura, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beberapa nama ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia turut disebut dalam Pandora Papers itu antaranya Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa dan keluarga ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here