‘Jaga SOP, kebersihan di Langkawi’ – Tun M

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa gembira melihat suasana di Pulau Langkawi kembali ceria dengan kehadiran pelancong termasuk pelbagai aktiviti riadah dan sukan.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, berkata sebelum ini pulau tersebut ditutup akibat Covid-19, namun kini dibuka buat kali kedua pada 16 September lalu.

“#PulangKeLangkawi buat kali kedua selepas ianya dibuka semula untuk pelancongan. Saya terus ke Pantai Cenang untuk saksikan pertandingan Bola Sepak Pantai anjuran Pejuang Muda Langkawi.

“Alhamdulillah, anak muda Langkawi terus beri sambutan yang baik dalam program Parti Pejuang.

“Saya sempat duduk di tepi pantai. Rasa seronok lihat suasana kembali ceria. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah dapat berjalan semula. Pelawat juga ramai,” katanya menerusi Facebook

Justeru, Dr Mahathir mengingatkan pengunjung dan peniaga supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di pulau berkenaan.

“Saya harap pada semua pengunjung dan peniaga, tetap patuhi SOP dan juga kebersihan Langkawi yang indah ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menjadikan Langkawi sebagai projek rintis program gelembung perjalanan bermula 16 September lalu.

Sektor pelancongan sebelum ini antara yang terkesan selepas pandemik Covid-19 melanda negara.

Sebelum ini, industri pelancongan dan kebudayaan negara dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini akibat pandemik Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here