BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, siasatan kes Pulau Batu Puteh masih belum bermula namun pembangkang sudah menunding jari antara satu sama lain.
Najib berkata, walaupun Tun Dr Mahathir belum memberi sebarang komen berhubung keputusan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas kes Pulau Batu Puteh, namun pegawai khasnya sudah bertindak ‘membelasah’ pemimpin kanan DAP, P Ramasamy.
“Pegawai khasnya yang juga pengarang portal The Malaysian Reserve kata pada Ramasamy bahawa ia adalah keputusan bersama dengan kabinet kerajaan PH (baru seminggu selepas mereka angkat sumpah) yang juga termasuk pemimpin terkanan parti-parti PKR, DAP, PAN dan PPBM (termasuk PM8).
“Pegawai khas Tun Mahathir lagi marah sebab P Ramasamy menyokong dan merujuk kepada posting fakta-fakta kes Pulau Batu Puteh dalam posting saya,” katanya menerusi Facebook.
“Siasatan belum mula, belum ada apa-apa lagi tapi dorang dah mula tuding jari sesama sendiri!,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan kenyataan Najib bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya.
Katanya, pentadbiran PH menulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menarik balik permohonan itu pada 28 Mei 2018.
Semakan kes itu difailkan pada Februari 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ramasamy berpendapat, PH sepatutnya merayu keputusan terdahulu ICJ. – Malaysiapost

