BEKAS Perdana Menteri, memuji langkah anak muda termasuk daripada golongan profesional yang mengambil keputusan untuk berniaga.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, bagaimanapun beliau faham ada segelintir yang bimbang untuk memulakan perniagaan kerana sedar tentang risiko yang bakal dihadapi.
Namun, Najib berkata, pada usia muda ini golongan berkenaan perlu mengambil peluang untuk cuba meneroka bidang perniagaan sebagai kerjaya.

“Ramai yang berniaga. Ada yang Tweetfemes. Ada yang Instafemes. Dipandang tinggi, dicemburui juga.
“Tapi bagi saya, sumber motivasi dan inspirasi kadang-kadang dekat dengan kita. Banyak kisah usahawan lain. Mungkin mereka tidak viral tetapi tidak kurang berbanding lain,” tulisnya di Facebook.
Najib berkata, beliau berkesempatan mengunjungi kedai ‘Kopi Singget’ ketika turun ke Parlimen Pekan hari ini yang diusahakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berusia 23 tahun.
“Sampai Pekan saja ada orang kampung ajak saya pergi min um kopi. Kedai baru katanya.
“Kopi Singget ni bukan biashe-biashe. Nak tahu kenapa? Yang usahakan kafe ni student UPNM. Khairul Raziq berumur 22 tahun dalam final year Electrical Engineering.
“Seorang lagi pula Ahmad Irfan, 23 tahun, kini dah mula bekerja dekat embangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP)
“Bagus anak-anak muda kini ada yang kerja profesional, ada yang berani mengambil langkah berniaga,” katanya.
Justeru, Najib berkata, perantau yang pulang ke Pekan, Pahang boleh mencuba kedai ‘Kopi Singget’ berkenaan yang ternyata berbaloi.
“Saya tahu ramai yang bimbang untuk berniaga kerana ada risiko. Tetapi nasihat saya, masa muda-muda, terus saja. Jangan takut. Belum cuba, mana tahu?
“Syabas dan selamat maju jaya kepada Kopi Singget. Nanti anak-anak Pekan balik sini boleh try! Saya bagi 5 star kedai ni!,” katanya. – Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook/Najib Razak

