Suri rumah peras ugut suami didakwa

0
2

SEORANG suri rumah yang mengugut suaminya supaya tidak keluar dari bilik sebuah hotel dan memeras sejumlah wang, didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

Alimi Wahidah Shamsul Anwar, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar, lapor Malaysiakini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pemerasan sehingga membawa ketakutan terhadap suaminya, Mat Yasin Junus, 60, dengan cara mengambil wang tunai sebanyak RM13,000.

Kejadian itu didakwa berlaku pada jam 6.19 petang di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 21 September lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazuha Mohd Nasir, manakala tertuduh diwakili peguam Ariyani Mohd Amin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Terdahulu Nazuha menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Ariyani merayu agar diberi jaminan rendah memandangkan tertuduh menangung ibu dan dua anak yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian menetapkan suri rumah terbabit diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 19 Disember depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here