Covid-19: Kes harian meningkat sejak empat hari lalu

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 8,084 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,369,613 kes.

Perkembangan itu dikongsi Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

Angka terbaharu itu menunjukkan trend peningkatan dari hari ke hari sejak empat hari lalu walaupun tidak begitu ketara.

Isnin lalu Malaysia melaporkan 6,709 kes, disusuli 7,276 pada Selasa serta 7,950 semalam.

Bagaimanapun kes harian wabak itu di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-12 berturut-turut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here