KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan Skypark Link akan kembali beroperasi menggunakan jadual waktu baharu mulai esok.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata pengoperasian semula perkhidmatan itu selaras dengan kebenaran rentas negeri termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu.
“Sebanyak 21 perkhidmatan tren dari stesen KL Sentral – Subang Jaya – Terminal Skypark dan sebaliknya akan beroperasi pada setiap hari.
“Perkhidmatan tren pertama dari stesen KL Sentral ke stesen Terminal Skypark bermula pada jam 6 pagi dan perkhidmatan tren terakhir adalah pada jam 6.18 petang,” menurut kenyataan itu.
Beliau berkata, manakala perkhidmatan tren pertama dari stesen Terminal Skypark ke Stesen KL Sentral adalah pada jam 7.08 pagi dan perkhidmatan tren terakhir adalah pada jam 8.01 malam.
“Penumpang boleh membuat pembelian tiket samada secara tunai ataupun tanpa tunai,” katanya. – Malaysiapost

