PLATFORM Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu (KTM Berhad) Stesen KL Sentral hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu ‘balik kampung’ selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan sejak Isnin lalu .
Hari ini merupakan hari pertama perjalanan ETS KTM Berhad menuju ke Padang Besar.
Tinjauan ke lokasi berkenaan pagi tadi, suasana yang sebelum ini lengang bertukar sesak dengan kehadiran penumpang yang tidak melepas peluang pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan itu.
Memakai pelitup muka, wajah kegembiraan mereka mungkin tidak kelihatan namun dari sinar mata, terserlah kegembiraan yang tidak bersempadan.
Semoga dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan ini, kerinduan untuk pulang ke kampung halaman yang sekian lama dinanti terubat. – Malaysiapost











