Pulau Batu Puteh bukan isu lapuk – Puad

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak tuduhan bahawa isu Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura adalah isu lapuk.

Beliau berkata, ada netizen mendakwa pengundi muda tidak peduli dengan beranggapan Pulau Batu Puteh isu lapuk, dan menuntut kerajaan fokus kepada usaha menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi.

“Apabila Tun M (Dr Mahathir Mohamad) batal semakan kehakiman Pulau Batu Puteh, Singapura setuju kehendak Tun M untuk batal projek Kereta Api Laju (HSR) KL-Singapura Kerajaan BN.

“Sedangkan, projek HSR akan sediakan beribu peluang pekerjaan, kemahiran teknikal dan teknologi. Ia ‘game changer’ mengangkat Malaysia menjadi negara paling maju,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, Mohd Puad menyifatkan tindakan itu bukan sahaja menyebabkan kedaulatan negara tergadai malah mengorbankan projek HSR.

“Itulah padahnya, bukan sahaja kedaulatan negara tergadai tetapi projek HSR menjadi mangsa.

“Maka penubuhan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh bukan isu lapuk,” katanya.

Baru-baru ini, Kabinet bersetuju menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pasukan petugas khas itu akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan yang bersesuaian, dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Katanya, usaha itu bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

Sebelum ini, media melaporkan, Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7, Dr Mahathir membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 Jun 2018. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here