Hannah minta MKN berhenti ‘spam’

0
1

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhenti menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tidak relevan.

Sebaliknya wakil rakyat DAP itu berharap MKN dapat memberikan maklumat yang lebih bermanfaat.

Tangkap layar SMS diterima Hannah daripada MKN

“Stop the spam please Majlis Keselamatan Negara. Bagilah info yang lebih bermanfaat,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hannah turut berkongsi SMS diterimanya daripada MKN yang mengandungi pesanan:

“Penyatuan rakyat Malaysia sebagai sebuah keluarga sangat penting dalam usaha kita bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.”

Sejak wabak Covid-19 melanda negara khususnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan Mac 2020, MKN menghantar SMS kepada pengguna telefon bimbit secara berkala.

Antara lain, SMS itu mengandungi ingatan kepada rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta berhati-hati apabila berada di tempat sesak serta duduk di rumah jika tiada urusan penting. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here