Calon Timbalan Speaker pertama Orang Asli, Ramli cipta sejarah – Zahid

0
2

AHLI Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor mencipta sejarah apabila menjadi calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat pertama Orang Asli, kata Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, Ramli sebelum ini sudah mencipta sejarah apabila menjadi Orang Asli pertama mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

“Ramli bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dengan majoriti besar.

“Pelantikan beliau sebagai Timbalan Speaker pasti dinanti-nanti rakyat jelata khususnya masyarakat Orang Asli,” katanya menerusi Facebook.

Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Cameron Highlands itu diumumkan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat oleh Umno.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu hantaran di Facebook.

Sebelum itu, Umno dilapor mencadangkan Ahmad sebagai calon tunggal bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Azalina Othman yang meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Namun, Ahli Parlimen Pontian itu mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pencalonan bagi jawatan tersebut.

Menurut beliau, pendirian itu dibuat bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here