‘Dine-in’ Cendol Jam Besar Bandar Hilir mulai esok

0
1

Nilam Oshman

PEMILIK Cendol Jam Besar Bandar Hilir Melaka, Kassim Mohammad Ali menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada kerajaan, atas kebenaran pergerakan merentas negeri bagi individu lengkap vaksin mulai Isnin lalu.

Beliau berkata, perniagaan mereka turut terjejas setelah hampir lima bulan pelancong domestik tidak dapat masuk ke Melaka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun kini boleh menarik nafas lega.

Bagaimanapun, katanya, ketika PKP dan PPN, perniagaan cendol diusahakannya tetap beroperasi tetapi tidak semeriah sebelum ini, kerana kelarisan cendol mereka bergantung kepada pelancong.

“Kami tak ‘open table’ lagi, Jumaat ini baru buka sebab Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBM) ada buat pengubahsesuaian di situ.

Cendol Jam Besar di Bandar Hilir terletak tepi sungai dan berhadapan bangunan ‘merah’ di kawasan tumpuan pelancong

“Jadi kami meniaga untuk ‘take away’ sahaja, bagaimanapun selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan Isnin, sudah ada yang datang dari Kuala Lumpur nak minum cendol walaupun tak boleh menikmatinya di kedai, namun mereka tetap beli.

“Tempat kita, orang luar datang barulah penuh. Jadi setakat ini Alhamdulillah pelancong khususnya warga tempatan sudah mula masuk dengan membawa keluarga masing-masing ke Melaka,” katanya kepada Malaysiapost.

Tambahnya, orang ramai yang ingin dine-in di kedainya untuk menikmati cendol, boleh datang mulai esok bermula jam 10 pagi hingga 7 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here