SPRM sah terima aduan Lokman Noor Adam

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima aduan daripada Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berhubung dakwaan rasuah projek penambakan laut di Melaka.

SPRM memaklumkan, satu kertas siasatan berhubung isu itu telah dibuka sebelum ini, justeru aduan yang dibuat di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan hari ini, akan dikepilkan dalam kertas siasatan terbabit.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu meliputi semua aspek dibangkitkan dalam aduan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu itu membuat pendedahan kepada media, mendakwa terdapat pemimpin Umno di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan Umno daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here