Polis sita kereta rasmi kerajaan negeri disimpan Norhizam

0
1

POLIS menyita kereta rasmi Kerajaan Negeri Melaka daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata tindakan itu dibuat selepas bekas Exco dan Adun Pengkalan Batu itu didapati gagal memulangkan kereta Toyota Camry, nombor pendaftaran MAL 3 berwarna hitam.

Katanya, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) mengenai kenderaan rasmi itu yang tidak dipulangkan Norhizam.

“Siasatan awal mendapati satu surat arahan untuk memulangkan kenderaan tersebut dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober lalu dan diserahkan kepada pegawai khas Norhizam.

“Ekoran laporan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur,” katanya pada sidang media, hari ini

Abdul Majid berkata, setakat ini seramai lima saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes terdiri daripada kakitangan pejabat SKN.

“Polis juga akan memanggil lebih ramai saksi untuk membantu siasatan dalam kes ini termasuk Norhizam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here