Askar mengamuk mati tembak diri

0
1

SEORANG anggota tentera maut dipercayai menembak dirinya selepas dikatakan mengamuk dalam kejadian di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang, di Kuching, Sarawak, tengah hari tadi.

Difahamkan, lelaki itu yang mengamuk melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata dipercayai Colt M4 Carbine yang turut mencederakan ibu mentuanya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan.

“Ya, kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan siasatan kini sedang dijalankan,” katanya seperti dilapor Berita Harian. – Malaysiapost

Kredit Foto: Utusan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here