Usaha reformasi pendidikan negara terbantut – Maszlee

0
1

AHLI Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menyifatkan pertukaran kerajaan menyebabkan usaha membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara terpinggir.

Bekas Menteri Pendidikan itu, berkata pada 6 Jun 2018 Jemaah Menteri pada mesyuarat kabinet telah memutuskan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar (JKD) untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

“JKD ditubuhkan sebagai badan bebas untuk mengkaji dasar pendidikan negara selain Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (prasekolah hingga lepasan menengah).

“…. dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 dan telah dibentangkan hasilnya kepada KPM dan juga YAB PM pada waktu tersebut pada tahun 2019,” katanya.

Menurut Maszlee, antara hasil kajian JKD dan juga proposal yang unik ialah Model Baharu Pendidikan yang akan menyaksikan perubahan radikal pada sistem pendidikan negara agar lebih kompetetif, berkualiti tinggi dan setaraf negara maju.

“Malangnya setelah kerajaan bertukar, kesemua usaha yang bakal membawa perubahan besar-besaran kepada sistem pendidikan negara ini telah dipinggirkan.

“Saya telah bertanyakan kepada @kempendidikan mengenai status laporan JKD, berikut adalah jawapan yang telah diberikan.

“Sekali lagi negara terlepas peluang untuk mengadakan perubahan radikal yang sepatutnya berupaya merubah sistem pendidikan negara agar menjadi setaraf negara-negara maju,” tulisnya.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, perincian mengenai JKD dan laporannya boleh didapati salam buku #memoribukanmemoir tulisannya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Dr Maszlee Malik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here