Penunggang P-Hailing tiada lesen memandu, tak pakai topi keledar

0
2

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan terdapat segelintir penunggang penghantaran barang dan makanan (P-Hailing) tidak memiliki lesen menunggang motosikal.

Perkara itu dikesan JPJ Selangor menerusi ‘Ops Merah (P-Hailing)’ yang dijalankan di negeri itu sejak 8 Oktober lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata situasi itu menimbulkan tanda tanya kepada pihaknya kerana memiliki lesen memandu adalah syarat wajib bagi setiap penunggang P-Hailing.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib

“Menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana syarikat P-Hailing boleh membenarkan penunggang mereka beroperasi membuat penghantaran sedangkan tiada lesen khas, jadi kita akan siasat.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib memeriksa penunggang P-Hailing sempena ‘OPS MERAH (P-HAILING)’ di Lorong Motosikal Seri Setia, Lebuhraya Persekutuan hari ini.

“Kita akan kemukakan surat tunjuk sebab kepada syarikat yang berkenaan,” katanya kepada media selepas meninjau operasi tersebut di lorong motosikal Seri Setia, Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib memeriksa penunggang P-Hailing sempena ‘OPS MERAH (P-HAILING)’ di Lorong Motosikal Seri Setia, Lebuhraya Persekutuan hari ini.

Sepanjang operasi itu, Nazli berkata JPJ Selangor mengeluarkan 321 notis melibatkan pelbagai kesalahan yang mana kes tertinggi adalah tidak mematuhi lampu isyarat iaitu 77 kes.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mengadakan Ops Merah (P-Hailing) di Lorong Motosikal Seri Setia, Lebuhraya Persekutuan hari ini.

“Kita juga mengesan dua kes melanggar isyarat lalu lintas sehala atau melawan arus, selain motosikal tiada perlindungan insurans, menggunakan telefon bimbit ketika menunggang, tidak memakai topi keledar serta mengubah suai kenderaan,” katanya.

JPJ Selangor mengeluarkan 321 notis melibatkan pelbagai kesalahan yang mana kes tertinggi adalah tidak mematuhi lampu isyarat iaitu 77 kes.

Beliau berkata, berdasarkan statistik trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 451 kemalangan penunggang P-Hailing di seluruh negara sejak 2019 hingga Ogos 2021 yang melibatkan 72 kematian serta 54 kecederaan parah.

Di Selangor pula katanya, statistik Bukit Aman menunjukkan 11 kematian melibatkan penunggang P-Hailing tahun ini serta 12 cedera parah.

“Berdasarkan perangkaan ini, jumlah kes di Selangor sangat tinggi dan sebab itulah kita akan meningkatkan operasi serta program advokasi bagi memberi kesedaran kepada penunggang,” katanya.

Tambah Nazli, pihaknya dimaklumkan syarikat P-Hailing tidak membekalkan vest keselamatan kepada penunggang dan ia membahayakan terutama apabila mereka membuat penghantaran pada waktu malam.

“Jadi saya minta syarikat sediakan vest secara percuma demi keselamatan penunggang mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here