Kadar positif 4.25%, ujian Covid-19 dijalankan memadai

0
1
Petugas melakukan ujian saringan Covid-19 kepada Amy Goh, 21 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

SEJUMLAH 157,939 ujian Covid-19 telah dijalankan semalam dan kes positif dikesan adalah 6,709 kes iaitu dengan kadar positif 4.25 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menunjukkan ujian Covid-19 yang dijalankan adalah memadai dan memberi gambaran tepat di lapangan.

Kes harian Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend menurun apabila melaporkan 6,709 jangkitan baharu semalam, dengan keseluruhan kes kini 2,346,303.

Ia angka terendah dicatatkan di negara ini sejak 7 Julai iaitu 7,097 kes dan pertama kali turun ke angka 6,000 setelah kali terakhir dengan 6,387 kes pada 5 Julai lalu.

Berdasarkan data dikongsi di laman web Covid Now, jumlah kes baharu ini ini juga menyaksikan mencatatkan kes di bawah 10,000 buat hari kesembilan berturut-turut sejak 3 Oktober lalu.

Sementara itu dalam ciapan berasingan, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.88.

Tiga negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 iaitu Putrajaya, Negeri Sembilan dan Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here