i-Citra: ‘Tak perlu tunggu sehingga Bajet 2021’ – Asyraf Wajdi

0
1

PEMUDA Umno tidak pernah berhenti untuk terus mendesak dan menunggu maklum balas kerajaaan berhubung #TuntutanRakyat terutamanya kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tindakan itu bagi mempercepatkan keputusan agar tidak menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022, kerana rakyat dalam keadaan terdesak.

Katanya, terdapat segelintir secara sinis menyatakan Pemuda Umno kena fikirkan desakan lain kepada kerajaan seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pasca pandemik.

“Inipun saya setuju cuma sebagaimana hujahan saya sebelum ini, selain pendekatan jangka panjang tersebut, rakyat perlukan ‘safety net’ atau jaminan jaringan keselamatan jangka pendek.

“Seperti kebenaran mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan hari tua bagi membolehkan mereka bernafas dalam keadaan pandemik dan memulakan kehidupan baharu selepas ini,” katanya hari ini.

Sebelum ini Asyraf Wajdi dilaporkan berkata beberapa tuntutan rakyat yang bangkitkannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan dalam Bajet 2022.

Asyraf Wajdi berkata, perkara itu dimaklumkan selepas beliau membuat susulan beberapa isu utama tersebut selepas Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno, akhir September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here