6 perkara dalam MoU Kerajaan – PH sudah dilaksana

0
1

SEBANYAK enam daripada 18 perkara terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) sudah dilaksanakan setakat ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata sebanyak 12 perkara lagi masih dalam proses pelaksanaan.

“Mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu MOU antara Kerajaan dan PH telah diadakan di Parlimen jam 6 petang tadi (semalam), dihadiri Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.

“Enam dari 18 perkara telah dilaksanakan, 12 perkara lagi masih sedang dalam proses pelaksanaan. Mesyuarat seterusnya dua minggu dari sekarang,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Turut hadir mewakili blok kerajaan ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Selain Fahmi, mewakili blok pembangkang ialah Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Enam perkara yang telah dilaksanakan ialah penambahan RM45 bilion had dana Covid-19; RM10 bilion kepada 11 juta rakyat miskin tegar, miskin bandar dan hilang pekerjaan; insentif pengambilan pekerja dan bantuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain itu, segerakan pembelian tambahan 6 juta dos vaksin; peruntukan sama rata Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang; serta memastikan pejabat Ketua Pembangkang diberikan hak dan kemudahan yang sewajarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here