Usul pakai baju batik di Parlimen setiap Khamis diluluskan

0
1
dewan rakyat

AHLI Parlimen kini boleh berbaju batik lengan panjang pada setiap hari Khamis persidangan Dewan Rakyat.

Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan dipersetujui sebulat suara.

Namun, pemakaian batik pada hari Khamis tidak diwajibkan dan hanya secara sukarela.

“Cadangan ketiga adalah Jawatankuasa Dewan Rakyat bersetuju untuk membenarkan Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat memakai baju batik lengan panjang ketika menghadiri persidangan pada setiap hari Khamis.

“Ini adalah cadangan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Datuk Seri Nancy Shukri), kepada Speaker Dewan Rakyat untuk mempromosikan warisan negara.

“Memakai batik (di Parlimen pada setiap Khamis) tidak wajib dan akan dibuat secara sukarela,” kata Wan Junaidi ketika mengemukakan usul tersebut di Dewan Rakyat hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here