Walak ahli PAS perisai serangan musuh pecah belahkan parti

0
1

PRINSIP walak ahli PAS adalah perisai utama untuk mematahkan serangan musuh yang siang malam tidak berputus asa memecah-belahkan keharmonian parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik yang berkata, kononnya wujud gerakan dalaman mempersoalkan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun ianya tidak benar sama sekali.

“Walak adalah tali yang dipintal dengan iman dan ilmu yang telah menjadi tali pengikat kukuh antara ahli dan pimpinan serta jamaah. Lalu tali ini akan cuba diputuskan oleh parti lawan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Semalam, satu klip audio ditularkan di media sosial mengenai rakaman percakapan pemimpin kanan PAS yang mengulas sikap presiden mereka yang membimbangkan.

Menurut rakaman audio berkenaan, individu terbabit mendakwa Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding BN namun pada masa sama tetap mahu “meraikan” gabungan kedua.

“Ayat itu Tok Guru (Abdul Hadi) selalu ulang pada ungkapan, tetapi pada praktikalnya, tidak ditunjukkan. Jadi, kita susah hati,” kata suara tersebut.

Mengulas mengenainya, Mokhtar berkata, itu adalah usaha pihak musuh bagi menggambarkan PAS sedang berentakan kononnya wujud kumpulan di dalam parti yang tidak sebulu dengan kepimpinan presiden.

Katanya, musuh mencipata kumpulan mahu menjatuhkan Abdul Hadi yang kemudian diikuti pula dengan kumpulan mempertahankan ahli parlimen Marang berkenaan.

“Melalui fake akaun (akaun palsu), petikan-petikan ucapan individu tertentu yang dipetik di luar konteks sebenar akan dijadikan dalil penguat. Maka berlakulah serang menyerang antara satu sama lain,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Mokhtar Dup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here