Semakan liputan vaksinasi sekolah dalam portal COVIDNOW – KJ

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

ORANG ramai boleh mendapatkan maklumat liputan vaksinasi sekolah anak masing-masing menerusi portal CovidNow mulai hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata carian boleh dilakukan menerusi “School Search” dalam laman sesawang berkenaan yang bukan hanya memaparkan liputan vaksinasi pelajar malah kakitangan sekolah.

“Hari ini, MoE (KPM) dan KKM melancarkan ciri ‘Pencarian Sekolah’ di COVIDNOW – anda boleh mendapatkan liputan vaksinasi sekolah anak anda, bukan hanya (vaksinasi) untuk pelajar, tetapi juga untuk kakitangan,” ciapnya di Twitter.

Khairy berkata, beliau berharap kemudahan itu akan memberi keyakinan dan keselesaan kepada ibu bapa dan guru.

“Buat masa ini, sekolah yang disenaraikan adalah sekolah KPM. Sekolah swasta boleh mendapatkannya dengan menghantar e-mel kepada [email protected] dengan tajuk e-mel ‘COVIDNOW Inclusion’,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khairy berkata perkara itu dilaksanakan untuk memastikan peralihan ke fasa endemik menuntut ketulusan demi memperkasa rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here