
SELEPAS melangsungkan pertunangan pada April lalu, ramai peminat ternanti-nanti hari bahagia pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose disatukan.
Terbaharu, bertiup khabar angin mendakwa pasangan berkenaan dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi dan dijangka majlis perkhawinan berlangsung bulan ini.
Spekulasi bertiup kencang selepas Uqasha mengadakan majlis ‘bridal shower’ di sebuah kediaman di ibu negara, baru-baru ini.

Malah, tular ‘welcome board’ majlis pernikahan mereka di aplikasi TikTok sejak kelmarin yang sekali gus menguatkan dakwaan berkenaan.
Malah, menerusi video dikongsikan akuan @kadgalericinta, jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.
Bagaimanapun, tidak dituliis tarikh perkahwinan mereka kerana ramai netizen beranggapan tarikh 21 Oktober itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021.
Menurut akaun berkenaan, mereka menyerahkan Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.
“Guys (korang), jangan salah faham pasal tarikh itu, dia dalam bulan ni lah Oktober 21, tapi berapa hari bulan tu rahsia lah,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.
Hubungan cinta Kamal dan Uqasha mula berputik selepas digandingkan menerusi drama ‘Setelah Terlafaznya Akad’ pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.
Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ pada Oktober, tahun lalu.
Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Namun, sehingga kini belum ada lagi kenyataan rasmi daripada Kamal dan Uqasha berhubung khabar angin perkahwinan berkenaan. – Malaysiapost
