
PEJUANG kanser yang juga merupakan penyanyi, Elyana Emrizal mendedah dirinya mengalami masalah pendengaran di bahagian telinga kiri.
Elyana juga memaklumkan masalah pendengaran itu berlarutan ditanggungnya sejak setahun lalu, dan kini terpaksa dimasukkan ubat ke dalam telinga kirinya tersebut secara mengiring.
Penyanyi lagu popular ‘Kalis Rindu’ itu menjelaskan, dia perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) bagi pemeriksaan susulan permasalahan yang dialaminya, beberapa hari lagi.
“Saya perlu tidur mengiring kerana jururawat baru sahaja titikkan ubat dalam telinga sebelah kiri ini. Telinga saya sudah bertahun-tahun bermasalah serta hidung saya juga.
“Jadi, semalam pakar telinga dan mulut datang periksa. Dia memberi ubat titik dahulu.
“Dalam beberapa hari saya kena datang janji temu untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk bahagian telinga dan hidung,” kongsinya di Instastory.
Mengulas lanjut, Elyana turut memberitahu mengalami pening dan berpusing yang dikatakan akibat masalah pendengaran dan pernafasan berkenaan.
“Selama ini pernafasan dan pendengaran saya memang tidak berapa jelas sangat. Saya rasa pening dan berpusing.
“Tak dengarlah, memang tidak. Dengar sebelah kanan sahaja, tidak seimbang. Nafas pun sama perlu periksa,” katanya.
Penyanyi yang berasal dari Shah Alam itu adalah seorang pejuang kanser dan tabah menghadapi ujian yang yang menimpanya sejak lapan tahun yang lalu. – Malaysiapost
Kredit Foto: Instagram/@elyanaofficial1
