Pintu sempadan negara masih ditutup kepada pelancong asing – PM

0
1
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pintu masuk negara masih belum dibuka untuk kemasukan pelancongan asing masih walaupun rakyat dibenarkan melancong ke luar negara.

Beliau berkata, kajian mengenai kemasukan pelancong asing sedang berjalan dan hasilnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Saya dapat makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita buka kepada semua negara (pergerakan rakyat untuk melancong) tetapi kita masih belum membuka negara kita untuk pelancong asing setakat ini.

“Kita sedang membuat kajian mengenai kemasukan ini dan insya-Allah kita akan umum dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan, remaja berusia 12 hingga 17 tahun termasuk kanak-kanak dibenarkan untuk menikmati kelonggaran rentas negeri walaupun belum menerima vaksin Covid-19.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kanak-kanak masih tidak boleh diberi pelalian berkenaan.

“Selain itu, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran berkenaan bagi negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

“Kita lihat kepada purata keseluruhan di seluruh negara apabila capai 90 peratus. Ada negeri (kadar vaksinasi) yang lebih 100 peratus dan ada yang masih kurang.

“Bagaimanapun, tiada SOP baharu akan diperkenalkan (bagi negeri yang belum mencapai 80 peratus kadar vaksinasi).

“Justeru, bagi kanak-kanak, ibu bapa merekalah  yang sepatutnya tidak membawa mereka ke tempat perhimpunan ramai dan mereka boleh untuk rentas negeri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here