Polis siasat tuduhan palsu kematian 41 guru akibat vaksin

0
1

POLIS menyiasat tuduhan palsu berkaitan dakwaan senarai 41 kematian guru disebabkan vaksin Covid-19 oleh seorang pengguna akaun Twitter, Khalid@Khalids

Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan dilakukan berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan berhubung ciapan pemilik akaun Twitter tersebut, semalam.

Jelasnya, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun keseksaan kerana memfitnah, Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penyalahgunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Abd Jalil berkata, orang ramai dinasihat cakna dan peka terhadap pihak cuba menggangu kelancaran program vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Orang ramai juga digesa menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan maklumat tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mena-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here