KES harian Covid-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan apabila merekodkan sejumlah 8,743 jangkitan baharu hari ini.
Jumlah itu menurun lebih 10 peratus berbanding 9,751 kes yang dicatatkan semalam, menjadikan jumlah jangkitan terkumpul sebanyak 2,332,221 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran Facebook, berkata maklumat terperinci mengenai kes harian Covid-19 akan dimuat naik ke portal COVIDNOW.
Bagaimanapun, semakan di portal itu sehingga jam 4 petang hari ini mendapati maklumat selanjutnya berkaitan kes harian Covid-19 masih belum dikemaskini. – Malaysiapost

