Sandakan bakal jadi bandar raya tahun 2021

0
1
KUALA LUMPUR 17 JUNE 2015. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden mengadakan sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur. NSTP/Azhar Ramli

SANDAKAN akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Sandakan telah memenuhi kriteria yang diperlukan oleh sebuah bandar untuk bergelar bandar raya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pra pelancaran Sandakan sebagai bandar raya dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bulan ini.

“Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sandakan (JPEPS) telah bermesyuarat bagi merancang merealisasikan Sandakan sebagai sebuah bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu pada 22 Feb depan.

“Semua permohonan berkaitan telah dimajukan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,” katanya kepada media dipetik Astro Awani, hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, pelbagai perancangan menaik taraf Majlis Perbandaran Sandakan sebagai Dewan Bandaraya telah dirancang, termasuk mewujudkan hospital swasta, memastikan perumahan mencukupi serta pembangunan kemudahan infrastruktur awam.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, status Sandakan sebagai bandar raya akan turut memperkasakan daerah berhampiran seperti Beluran, Kinabatangan dan Tongod daripada segi pembangunan ekonomi selain menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here