Pendam rindu, Adira dua tahun tak balik Sabah

0
1

PENYANYI terkenal, Adira memendam rasa rindu berikutan sudah dua tahun tidak berpeluang untuk menziarah keluarga tercinta yang berada di Ranau, Sabah.

Bagi pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi itu, anak ketiganya juga masih belum berjumpa dengan ahli keluarga di Sabah susulan larangan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kali terakhir dia pulang ke kampung halaman bersama dua anaknya pada Aidilfitri, tiga tahun lalu.

“Anggun dilahirkan pada 2019 dan saya mahu tunggu Anggun besar barulah naik kapal terbang, tetapi PKP dilaksanakan. Anggerik dan Asan sudah pernah berjumpa pada Aidilfitri tiga tahun lalu,” katanya.

Pelantun lagu Ombak Rindu itu kini ingin fokus kepada produk keluarannya, Soo Puteh yang telah berada di pasaran sejak empat bulan lalu.

Adira bertemu jodoh dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 4, Asan, 3, dan Anggun, 2. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here