Adun Sindumin keluar Warisan, sokong kerajaan Sabah

0
1

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan secara rasmi keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan). 

Ketua Penerangan Warisan tersebut mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas di Kota Kinabalu hari ini. 

Susulan itu, Yusof berkata beliau kini menjadi Adun bebas dan menyokong kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

“Saya sudah lama berpolitik, sudah berusia juga. Tindakan saya ini adalah keputusan peribadi tanpa ada pengaruh atau tekanan sesiapa. 

“Begitu juga saya tiada masalah dengan Warisan. Keputusan ini membolehkan saya fokus dan bekerjasama dengan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat yang saya wakili di Sindumin dan pembangunan daerah Sipitang. 

“Saya tidak mahu banyak membuang waktu. Masa saya terhad untuk berkhidmat dan menyumbang kepada rakyat serta negeri. Oleh itu saya isytiharkan menjadi Adun bebas dan melepaskan keahlian serta semua jawatan dalam Warisan,” katanya. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menjelaskan dasar beliau sejak dulu lagi tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here