PRN Melaka: KKM ambil maklum apa saja keputusan Jemaah Menteri – KJ

0
1
grafik

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah membentangkan pendirian mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu juga akan dibincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

“Ini kerana ia melibatkan bukan hanya faktor soal kesihatan tetapi juga soal perundangan dan Perlembagaan.

“Kita akan ambil maklum apa sahaja keputusan Jemaah Menteri nanti dan KKM akan sediakan apa saja prosedur operasi standard (SOP) diperlukan sekiranya ia berterusan atau sebaliknya, maka kita ada masa lagi untuk menunggu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kelmarin, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam memberi persetujuan untuk membubarkan DUN.

Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya negeri mengejut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here