KDN, AGC setuju mansuh bunuh diri sebagai kesalahan jenayah

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersetuju untuk memansuhkan Akta 309 Kanun Keseksaan iaitu bunuh diri sebagai kesalahan jenayah. 

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara tersebut kini dalam peringkat untuk dibawa ke Jemaah Menteri. 

“Bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah sudah lama dibincangkan dan saya difahamkan setakat ini KDN dan AGC sudah setuju untuk memansuhkan Seksyen 309 berkait bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah. 

“Peringkat sekarang, ia akan dibawa ke Jemaah Menteri, seterusnya untuk membuat pindaan supaya kesalahan bunuh diri tidak akan disabit kesalahan jenayah lagi,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) berhubung perkembangan terkini mengenai kesalahan bunuh diri. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, orang yang melakukan percubaan membunuh diri akan dimasukkan ke dalam sistem rawatan kesihatan. 

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara  sedang mempertimbangkan cadangan untuk mengeluarkan perbuatan percubaan membunuh diri daripada sistem keadilan jenayah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here