Berhenti tunggang nama rakyat demi matlamat peribadi

0
1

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) hampa dengan tindakan sebilangan wakil rakyat dan pemimpin politik yang terus menunggang nama rakyat demi menghalalkan matlamat politik peribadi.

Contoh terbaru, kata Ketuanya, Shahir Adnan adalah sandiwara politik Melaka hingga jatuhnya kerajaan negeri sendiri ketika negara belum lagi keluar daripada wabak Covid-19.

Tegasnya, keadaan politik di Melaka adalah terjemahan keadaan politik rakus di peringkat persekutuan dengan perseteruan antara dua parti Melayu, iaitu Umno dan Bersatu.

“Hakikatnya, Bersatu ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguburkan Umno. Oleh itu, perseteruan ini sewajibnya dinoktahkan dengan mengamalkan “politik matang dan berlapang dada”, seperti dianjurkan Presiden PAS.

“Penyatuan parti-parti politik orang Melayu penting agar episod hilang kuasa PRU-14 tidak berulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir berkata, pada masa sama, semua pihak perlu menghindari diri daripada menghamburkan kata-kata menyakitkan hati parti lain.

“Keadaan mencemuh dan menunding jari kepada parti lain menunjukkan ketidakmatangan politik, walaupun sebilangan besar mereka adalah pemimpin berpengalaman warga emas. Rakyat terutama pengundi baharu bakal menghukum pemimpin sebegini.

“DPIM menyeru semua pemimpin kerajaan dan pembangkang kekal fokus membendung Covid-19 yang masih belum reda.

“Kita masih berada dalam lingkungan 9,000 hingga 10,000 kes harian. Jangan diulang kesilapan Pilihan Raya Negeri Sabah yang mencetuskan gelombang besar ketiga Covid-19 di negara kita. Fikirlah keadaan rakyat yang kini tersepit dan terhimpit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here