‘Pengundi muda mahu pemimpin bebas kontroversi, tak terpalit isu moral’ – Asyraf

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan lima kriteria yang dimahukan pengundi muda dalam memilih pemimpin pada Pilhan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, dapatan itu diperoleh hasil daripada beberapa siri ‘Zoom/Google Meeting’ yang dilakukan pihaknya dengan anak-anak muda berusia 17 hingga 23 tahun yang bakal menjadi pengundi.

“Antaranya, seorang pemimpin yang bersih dan berintegriti, tidak terpalit dengan kontroversi dan isu tidak bermoral.

“Tidak sombong dan angkuh memperaga kemewahan serta pemimpin baru, muda dan berketrampilan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, kriteria lain yang dimahukan kumpulan itu ialah seorang pemimpin yang dilihat serius membantu menyelesaikan isu pengangguran dan pekerjaan anak muda.

“Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan. Setiap satu saya baca dengan penuh minat.

“Bahkan saya minta pegawai saya juga bantu kumpulkan untuk buat rumusan untuk saya bentangkan kepada kepimpinan tertinggi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here