9 kilang tutup operasi sepenuhnya sejak Januari

0
1
Pekerja-pekerja akan memeriksa keadaan bunga-bunga untuk dipilih di kilang bunga kekwa Cameron Highland.

[PARLIMEN] HANYA sembilan kilang dengan penyertaan pelabur asing menutup operasi sepenuhnya di Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong yang berkata, faktor penamatan operasi syarikat itu disebabkan pengucupan ekonomi global.

Beliau berkata, ia berpunca akibat pandemik Covid-19 dan pasaran lemah berikutan penurunan dalam jualan dan permintaan dari luar negara.

“Penutupan syarikat itu juga disebabkan peningkatan kos operasi menerusi persaingan daripada pengeluar sama ada tempatan dan luar negara yang tiada permintaan serta pelaksanaan penstrukturan semula.

“Sungguhpun ada menamatkan operasi namun Malaysia kekal utuh bagi destinasi pelaburan utama bagi pelabur di rantau ini.

“Ini terbukti apabila jumlah pelaburan diluluskan daripada Januari ke Jun 2021 meningkat sebanyak 69.8 peratus kepada RM107.5 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ban Hong juga menjelaskan, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tahun ini menyumbang kepada RM62.5 billion di mana jumlah itu melonjak sebanyak 214.9 peratus berbanding tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here