Ada fahaman wakil rakyat punyai kelebihan berbanding orang biasa – Shahrir Samad

0
1

VETERAN Umno Tan Sri Shahrir Abd Samad mendedahkan terdapat fahaman wakil rakyat yang terpilih selepas Pilihan Raya Umum (PRU) merasakan mempunyai kelebihan kedudukan berbanding orang biasa.

Beliau berkata, fahaman tersebut terbawa-bawa dalam Umno yang melalui pengalaman baru sebagai parti yang terhad bilangan Ahli Parlimen dan ADUN sehingga berada di luar kerajaan pusat dan negeri-negeri.

Katanya, krisis politik yang melanda negara baru-baru ini di peringkat Pusat menimbulkan persoalan pengaruh parti terhadap wakil-wakilnya.

Menurutnya, situasi sama juga berlaku kepada Melaka selepas bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengumumkan menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan negeri.

“Maka ketidakpuasan hati Idris Haron terhadap pimpinan parti Umno Melaka adalah kali ini kerana sebagai seorang ADUN yang tidak mempunyai kedudukan dalam partinya,

“…Idris merasakan kelebihan dirinya sebagai seorang Adun dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berbanding seorang yang ‘hanya’ Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Shahrir berkata, di peringkat parti pula tindakan Idris mengkhianati Umno dan berhasrat bersama Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menubuhkan kerajaan baharu.

“Sambil itu, ianya juga suatu jawapan kepada persoalan pembahagian kuasa antara parti dan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, selain Idris, tiga Adun yang terlibat ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Noor Azman Hassan (Pantai Kundor).

Semalam, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka Yang Ke-14, berkuat kuasa 4 Oktober. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here