4 hari berturut-turut kes Covid-19 di bawah 10,000

0
1
Petugas barisan hadapan melakukan ujian saringan kepada seorang kanak-kanak di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

MALAYSIA melaporkan kes harian Covid-19 di bawah angka 10,000 buat hari keempat berturut-turut apabila mencatatkan 9,380 kes baharu hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,303,837 kes.

Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu iaitu 1,503, diikuti Kelantan (1,170), Selangor (1,116) dan Johor (1,105).

Sabah pula mencatatkan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Kuala Lumpur (214), Melaka (200) serta Negeri Sembilan (191).

Perlis melaporkan 42 kes, diikuti Putrajaya dengan 18 kes serta lapan kes di Labuan. – Malaysiapost – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here